Beloved Followers

Sunday, March 20, 2011

Kunjungan Mesra Zaidi Dari Batu Pahat ke LEASF


LEASF menerima kunjungan mesra dari pencinta serama, En Zaidi dan keluarga, yang datang jauh dari Batu Pahat, Johor. En Zaidi memang dikenali ramai terutama dikalangan peminat dan pencinta serama dari selatan tanahair. Sejak akhir 90an beliau bersama rakan-rakan serama seringkali berusaha untuk mengadakan pertandingan serama dan sesuatu yang tidak dapat dilupakan oleh beliau ialah pertandingan yang kumpulan beliau anjurkan pada tahun 1999, dengan 40 ekor penyertaan, tiada kategori dibahagikan........pakai semua dalam satu jer !!!! hehehe.... Diakhir lawatan ini, En Zaidi ada membawa balik ole-ole dari LEASF.

[Mr Zaidi and his beloved family of Batu Pahat, Johor came to visit us this afternoon. Mr Zaidi is very well-known personality among serama lovers, in particular, to those from southern parts of Malaysia peninsular. At the end of this short visit, he took home a box containing a mysterious young pullet of special-blended Tok Uban bloodlines.]

Monday, March 7, 2011

Pak Wijaya of Medan, Indonesia Visited LEASF



Senja tadi reban kami dilawati oleh peminat serama dari Medan, Indonesia.... siapa lagi kalau tidak Pak Wijaya seorang peminat serama dan pakar haiwan eksotika. Terpegun Pak Wijaya melihat hasil serama keluaran LEASF....Wah wah hebat pak !!!! Diakhir lawatan singkat ini Pak Wijaya membawa pulang "barangan" dari LEASF untuk dibawa pulang ke Indonesia.

[Pak Wijaya of Medan, Indonesia visited our show gallery later this afternoon. He was pretty excited when viewing a few LEASF's icons and some of our latest products. After this short visit, he took home a special box containing "____". Congratulations and good luck to Pak Wijiya !!!.]

Sunday, March 6, 2011

Sri Landak : Halus Mulus Mula Berperangai



Tiga pos terkini Sri Landak, anak kandung Jebat, yang baru saja melepasi anak B dan kini ke alam remaja. Cukup halus dan kecil sekitar 100gm sahaja. Dulunya Sri Landak belunjur saja tetapi sekarang sudah mula berperangai mengikut jejak ayahndanya Jebat.

[Three latest images of Sri Landak, the offspring of Jebat. It is so small and cute with a total critical mass of about 100gm. Sri Landak has already started to show its bold behaviour and nicely acted when placing on the table top.]