Beloved Followers

Friday, November 27, 2009

Dang Mawar: Senjata Terkini keluaran LEASF


Alhamdulillah, hari ini ada sedikit masa terluang. Disertakan 2 post Dang Mawar yang baru berusia 3 bulan. Masih kecil tapi sudah menunjukkan ciri-ciri induk untuk masuk gelanggang. Dang Mawar adalah hasil dari cross breeding pelbagai baka ternama dari reban LEASF, yang mana salah satu darah adalah dari reban Nusi Dungun. Anak tina ini akan di jadikan induk reban jika umurnya panjang. Jangkaan kami boleh bertelur walaupun badannya singkat, memandangkan sepupunya yang mempunyai ciri ciri yang serupa sekarang sedang mengeram.

Wednesday, November 25, 2009

Sri Suri: Helang Malam

Salah satu imej yang LEASF simpan dari koleksi Sri Suri. Gambar ini di ambil pada waktu malam sehari sebelum Kopi Jantan berpindah milek di Kuala Lumpur. Ayam ini memang cukup cantik bergaya di atas meja dan tak jemu jemu mengebas setiap kali di "mintak" berbuat demikian oleh peminatnya. Sekali kebas tak ubah saperti helang malam yg akan memakan semua mangsa yg berada di depan mata. Hebat sungguh senjata kelabu asap ni....

Friday, November 6, 2009

Nagasaki dengan Atomic Power

Ini adalah imej terbaru Nagasaki yang baru saya terima daripada tuan empunyanya yang berada di Seremban. Memang sah Nagasaki semakin menjadi-jadi dan bukan setakat itu saja malah Nagasaki memiliki gaya menakjubkan yang digelar dengan nama "atomic power of nagasaki". Gaya tarik selam dan melawan meja yang dimiliki oleh Nagasaki ini jarang kita lihat bagi ayam yang berwarna kuning merah begini. Dengan potongan badan yang tinggi dan tarik S, maka sudah tentu Nagasaki dapat memukau setiap mata yang memandangnya. Begitulah kehebatan serama hasil keluaran LEASF yang telah melalui proses biakbaka yang rapi dengan gandingan pelbagai darah ternama dulu dan kini. Syabas dan tahniah kepada tuan dia. Jaga lah Nagasaki sebaiknya. Bagaimana pula dengan adiknya Nagasari? Kita tunggu post yang terbaru.....he he he.